Di majlis dialog dengan sekumpulan pencinta dan aktivis haiwan di sini hari ini, Jason berkata beliau akan terus melindungi haiwan dengan cara mana yang mungkin kerana haiwan katanya, adalah teman terbaik manusia.

"Saya percaya nyawa haiwan tidak kurang pentingnya dari nyawa manusia," kata beliau.   

Jason yang tidak lagi asing dalam kalangan aktivis haiwan menurut sertakan kebajikan haiwan dalam  manifestonya yang termasuk pengurusan sempurna haiwan terbiar dan menyediakan sudut  haiwan  peliharaan di bahagian tertentu Pulau Pinang untuk menjadikannya negeri mesra haiwan.

Seorang daripada hadirin, Dalbinder Singh Gill, yang lantang bersuara melindungi haiwan berkata beliau menyokong usaha murni Jason itu. - Bernama