Ikan seberat empat kilogram itu ditemui oleh Tengku Rosdi Tengku Ismail, 52, pada pukul 3 petang semasa memeriksa pukat miliknya.

Tengku Rosdi berkata, dia terkejut sebaik sahaja mengangkat pukat yang ditahannya itu kerana terdapat seekor ikan yu yg sinonim dengan habitat air masin.

Menurutnya, sejurus selepas melihat ikan itu dia terus menarik dan mengangkat pukat tersebut.

"Ini kali pertama saya memperoleh ikan yu. Biasanya ikan spesis ini banyak terdapat di kawasan laut sahaja bukan di sungai dan air tawar," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tengku Rosdi memberitahu, sebelum ini dia pernah memperoleh ikan spesis air masin seperti anak cencaru, anak gelama dan selagit.

Katanya, ikan Yu tersebut telah diagihkan kepada ahli keluarga untuk dinikmati bersama.

"Saya bercadang untuk memasak hasil tangkapan ini dengan gulai kuning bersama daun kesum," ujarnya.

Tengku Rosdi berkata, kebiasaannya dia hanya memperoleh ikan sungai seperti baung dan kakap.

Katanya, menahan pukat merupakan kerja sampingan yang dilakukan untuk memenuhi masa lapang. - K! ONLINE