Yusof Harun, yang mesra dipanggil Usop menerima hadiah wang tunai RM8,000 berserta barangan iringan dari jenama Oishi dan Igloo.

Pertandingan anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu menarik penyertaan lebih 1,000 kaki pancing.

Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosio Ekonomi) DBKL, Datuk Ibrahim bin Yusoff berkata, pertandingan berkenaan yang mengangkat tema 'Jom Pancing Rakyat Ceria Komuniti Sejahtera' bertujuan mencipta perpaduan dan keharmonian meliputi pelbagai lapisan masyarakat tidak kira peringkat usia mahupun agama.

“Saya berharap lebih banyak penyertaan daripada kaum Cina dan India selepas ini, sekiranya mendapat sambutan yang mengalakkan hadiah pertandingan akan ditambah.

“Ada 10 lagi siri JPKL menunggu kaki pancing termasuk siri akhir yang dijadualkan pada bulan Disember depan," ujarnya.

Sementara itu, tempat kedua dan ketiga JPKL Siri 1/2018 disandang oleh Mohd. Nizam, yang membawa pulang wang tunai RM3,000 dan Muhammad Mutawalli Mohd. Adnan yang membawa pulang RM1,000.

Turut memeriahkan JPKL 2018 ini ialah rakan strategik bersama iaitu Oishi Green Tea dan Igloo-UFL.

JPKL akan kembali pada 29 April ini (Ahad) untuk siri 2/2018 di Taman Tasik Metropolitan, Kepong dan maklumat lanjut berhubung pertandingan ini boleh diperoleh di laman Facebook jorankl atau menghubungi urus setia di talian 013-3052811, 013-2667011 dan  012-2846811.