Pengerusi Persatuan Hijau dan Hidupan Liar Perlis (PNW) Syamil Abdul Rahman berkata, nelayan di Kuala Perlis telah terserempak dengan haiwan comel itu pada minggu lepas ketika menangkap hasil laut.

"Ikan lumba-lumba itu dilihat menghampiri pinggir pantai untuk mencari makanan seperti anak ikan belanak, kedera dan udang," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Pengarah Pertanian Perlis, Zulkefli Amin Mat Jusoh berkata, dia telah beberapa kali terserempak dengan ikan lumba-lumba semasa memancing ikan di laut Kuala Perlis.

"Haiwan ini jinak dan suka bermain dengan manusia tetapi hanya timbul sekejap sahaja di permukaan laut.

"Selain itu, ikan lumba-lumba cukup pantas," katanya hari ini. - K! ONLINE