Allahyarhamah Robiah menghembuskan nafas terakhir di kediaman anaknya iaitu kakak kepada Zul di Sungai Penchala, Damansara.

Jenazah Allahyarhamah akan dikebumikan selepas solat Zuhur selepas disembahyangkan di Masjid Al-Ghufran, Taman Tun Dr. Ismail.

"Ibu saya memang sakit jantung namun saya tidak sangka dia pergi seawal ini kerana dia tidak menunjukkan apa-apa tanda langsung.

"Apapun, saya reda dengan pemergian ini. Semoga urusannya disana dipermudahkan. Amin," kata Zul ringkas ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Rata-rata peminat terutama di kelab peminat Zul Ariffin FC di laman sosial mengucapkan takziah kepada pelakon drama Titian Cinta itu.