Pengakuan Siti Rukiah Hassan, 37, direkodkan di hadapan Majistret Nur Syafiqah Noorida selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan dalam Bahasa Melayu.

Tertuduh yang beralamat di Felda Jengka 14 di sini didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 4.30 petang, 21 Januari lalu di sungai berhampiran jambatan Felda 15 di sini. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Salam Yusof mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. 

Tertuduh yang tidak diwakili peguam pada prosiding itu merayu mahkamah mengurangkan jaminan sebanyak RM2,000 yang ditawarkan pendakwaan atas alasan dirinya sebagai ibu tunggal. 

"Saya hanya menjual nasi lemak. Saya minta supaya jaminan saya dapat dikurangkan," katanya yang tenang sepanjang prosiding berlangsung.

Nur Syafiqah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM1,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 2 April depan untuk lantikan peguam. - Bernama