"Setiap kali hujan rumah akan bocor sana-sini. Dengan pendapatan yang ada, saya tidak mampu untuk membaiki kerosakan tersebut," kata ibu tunggal beranak tiga itu.

Bagaimanapun, keadaan rumahnya berubah hari ini dan Zakiah amat berterima kasih kepada kerajaan.

"Bantuan ini sekurang-kurangnya dapat meringankan beban kami sekeluarga," katanya yang kematian suami pada tahun 2011.

Bantuan tersebut di bawah program Perluasan Skop Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia bagi Fasa 1 yang diseliakan oleh Jabatan Penerangan Negeri Kelantan. - Bernama