Ibu tunggal terbabit, Alawiah Ismail, 46, berkata, bebanan semakin terasa selepas ketiadaan suaminya, Mohd. Asri Mat Zin, 47, yang meninggal dunia selepas kereta Perodua Kancil yang dipandunya dirempuh sebuah bas 4 Mei lalu. 

Menurutnya, sembilan anak masih lagi di bangku persekolahan termasuk anak sulungnya masih belajar dalam tahun dua jurusan Sains Kumputer, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Johor  Bahru. 

Sembilan anaknya yang masih belajar ialah Fatima Azzahra Mohd. Asri, 21, menuntut di UTHM dan empat belajar di sekolah menengah iaitu, Fatima Assuaada, 18, kembar Ahmad Asyieff Baqhtiar serta Ahmad Asyraff Batiear, 14; Ahmad Amir Mukhlis, 13, dan empat di sekolah rendah, Ahmad Amir Husnul Hadi, 11; Fatima Azzqiah, 9; Ahmad Sufi Solehin, 7, dan Awateff Sofea, 5.

"Bagaimanapun anak keempat saya, Ahmad Amir Hanifa Mohd. Asri, 17, terpaksa berkorban masa hadapan apabila berhenti sekolah dan kini bekerja di kedai makan dengan pendapatan RM35 sehari.

"Selepas pemergian suami, hidup saya gelap seketika memikirkan anak-anak yang masih dalam tanggungan berusia antara lima hingga 21 tahun dan memerlukan sumber kewangan yang banyak untuk belajar," katanya ketika ditemui di sini hari ini. 
  
 Alawiah berkata, dia kini buntu kerana hanya bergantung kepada pendapatan sebagai guru Kelas Asas Fardu Ain (KAFA) dengan pendapatan RM800 sebulan. 

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan ke akaun bank Islam Malaysia Berhad 03090020861695 atas nama Alawiah Ismail atau menghubunginya di talian 019-904 3218. - K! ONLINE