Dalam kejadian pada pukul 4 petang tiga hari lalu, Haskullisham Muhammad, 32, yang merupakan OKU lembam keluar dari rumah sebelum tidak pulang seperti kebiasaannya.

Ibu mangsa, Che Minah Daud, 74, berkata, mangsa kali terakhir dilihat pada Isnin lalu oleh penduduk sedang berlegar-legar di kawasan bendang di Kampung  Bendang Keladi,  Panglima Bayu di sini.

"Mangsa keluar rumah dengan memakai batu T berwarna merah dan seluar hitam paras lutut. Kebiasaannya dia akan balik ke rumah pada setiap hari sebelum malam namun sejak Isnin lalu dia tidak balik.

“Mangsa merupakan anak ketujuh daripada lapan beradik itu pernah menyuarakan hasrat mahu ke Kuala Lumpur namun ayahnya, Muhammad Daud, 76, tidak mengizinkan atas faktor kesihatannya,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sehubungan itu, pasangan warga emas itu memohon orang ramai yang terjumpa dengan mangsa agar menghantarnya ke balai polis berdekatan.

“Orang ramai juga boleh menghubungi terus kami di talian 013-9134708 dan laporan polis tentang kehilangannya telah di buat di Balai Polis Tanah Merah semalam,” katanya. - K! ONLINE