Tertuduh, Nisa, 26, membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.

Nisa didakwa mengabaikan anak lelakinya, Kong Chaw Wan, setahun tiga bulan, hingga mendatangkan kecederaan di Paya Lahar Kepah, Kepala Batas, Seberang Perai Utara di sini pada pukul 4.30 petang 22 November lalu.

Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda RM50,000 atau penjara 20 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Hakim Noor Aini tidak membenarkan sebarang jaminan selepas mendeĀ­ngar hujahan Timbalan Pendakwa Raya, Roslina Idris dan menetapkan 5 Januari depan untuk sebutan semula kes. Tertuduh tidak diwakili peguam.

 

kuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.