Timbalan Ketua Polis Daerah Tangkak, Deputi Superintendan Idris Abdul Rahman berkata, dalam kejadian pada pukul 7.50 pagi itu, kereta jenis Perodua Alza yang dipandu mangsa dari arah Skudai menuju ke Bukit Beruang, Melaka terjatuh ke gaung sedalam kira-kira 20 meter.

“Siasatan awal mendapati, mangsa hilang kawalan sehingga terbabas ke kiri dan melanggar pembahagi jalan.

“Pemandu kereta itu, Teoh Sick Inn, 34, maut di lokasi kejadian ekoran kenderaan dipandu terjatuh dari jambatan dan masuk ke gaung akibat pelanggaran itu, manakala tiga anaknya berusia 15 tahun, enam tahun dan lima bulan mengalami cedera ringan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua mereka dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar untuk rawatan lanjut dan bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. - Bernama