Mayat Lans Koperal Siti Khalijah Zainal Abidin, 30, (gambar kecil) ditemui pada pukul 8 malam iaitu kira-kira 12 jam selepas dipercayai meninggal dunia. Mayat wanita mangsa ditemui oleh rakan serumahnya yang pulang selepas bekerja. Bayi dikandung ibunya juga tidak dapat diselamatkan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd. Taufik Maidin berkata, pihaknya menerima maklumat meĀ­ngenai penemuan mangsa yang terlantar tidak sedarkan diri daripada kawan serumahnya yang juga seorang anggota polis wanita berusia 30 tahun.

Menurut beliau, semasa kejadian mangsa tidak bertugas kerana sedang cuti dan dia tinggal berseorangan pada hari tersebut kerana teman serumahnya pulang ke rumah keluarganya di Kota Bharu.

kuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.