Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang melaksanakan skim tersebut, bukan sahaja menyasarkan kutipan pembayaran pinjaman tetapi juga mahu bertanggungjawab mendidik masyarakat.  

Beliau berkata bagi menyokong usaha menabung, kerajaan menerusi PTPTN menyediakan geran sepadan kepada pelajar Tahun Satu di sekolah bantuan penuh kerajaan bagi simpanan terkumpul sehingga RM50 dalam akaun SSPN-i .

"Ini bermakna setiap akaun akan menerima RM50 lagi (menjadikan jumlah akaun RM100) daripada kerajaan dan kini satu geran sepadan lagi diwujudkan melibatkan akaun tabungan berjumlah RM500.

"Untuk satu akaun RM500, kerajaan akan memberi percuma RM500...namun untuk 500,000 pelajar yang layak sahaja. Jadi rebutlah peluang ini," katanya pada sidang media selepas menyampaikan bantuan kelengkapan persekolahan pada Program Ceria Kembali Ke Sekolah Bersama PTPTN di sini hari ini. - Bernama