Mangsa, wanita berusia 27 tahun bersama anaknya lelakinya berusia dua tahun hanya mengalami cedera ringan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jerantut, Penolong Penguasa Bomba Mohamad Zullkifli Mohamad Zainal berkata, seorang pegawai bersama enam anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kira-kira pukul 10.54 pagi.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, anggota kami mendapati sebuah kereta berada di dalam gaung sedalam hampir sembilan meter.

"Kedua-dua mangsa mengalami cedera ringan dan dibawa ke Klinik Kesihatan Padang Piol oleh orang awam sebelum bomba tiba," katanya. - K! ONLINE