Pameran tersebut berlangsung 6 hingga 10 September ini bertempat di Dewan 3, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Pengarah Urusannya, Nazaruddin Hassan Mohd. berkata, pihaknya membuka empat gerai bernombor 3100, 3101, 3102 dan 3103 bagi memudahkan orang ramai berurusan dengan syarikat milik penuh Bumiputera itu termasuk mendaftar pakej.

“Kami menawarkan destinasi-destinasi pelancongan menarik dengan harga yang kompetitif termasuk ‘bonus’ iaitu aktiviti luar dan lasak yang berbeza bergantung kepada pakej yang mereka (pelanggan) pilih.

“Pihak kami juga menguruskan perjalanan mereka dari segi tiket penerbangan, penginapan, feri, pemandu pelancong, makan dan minum,” katanya ketika ditemu bual Kosmo! di Pejabat IBC Tours Corporation Sdn.Bhd. di sini baru-baru ini.

Menurutnya, pihaknya me­nyasarkan sebanyak 15,000 pe­langgan sempena MATTA Fair tahun ini.
“Satu pakej maksimum 40 penumpang, pengiring dari Malaysia dan kami turut menyediakan pemandu pelancong.

“Sekiranya hanya ada 20 penumpang sahaja, percutian diteruskan dengan pemandu pelancong tanpa pengiring dari pihak kami,” ujarnya.

Setakat ini, sebanyak 300 ejen bumiputera dari seluruh Malaysia mendaftar dengan IBC Tours.

Menurut Nazaruddin, pihak­nya menyediakan 40 pakej dan memberikan potongan harga istimewa sebanyak RM500 untuk percutian ke destinasi antaranya ke Perth, Australia, Mono, Itali dan Dubai.

“Bagi percutian di Perth mi­salnya, harga biasa ialah RM4,499 dan selepas diskaun pelanggan hanya perlu membayar RM3,999 bagi perjalanan lima hari empat malam. Harga percutian bagi Mono, Itali bersama Lugano, Swiss pula ialah RM5,999 (10 hari tujuh malam).

“Selain itu, kita turut menawarkan pakej pelancongan ke Iran untuk 10 hari tujuh malam dengan harga RM3,999,” kata­nya.

Jelas Nazaruddin, syarikatnya yang ditubuhkan pada tahun 1996 sentiasa mementingkan kualiti perkhidmatan dan produk kepada pelanggan bagi memastikan mereka menikmati keselesaan sepanjang percutian.

“Lebih 10,000 pelanggan memilih pakej percutian yang ditawarkan syarikat kami setiap tahun. Kami juga mengutamakan program Muslim Tours dan halal Muslim Tours yang mana semua pakej disediakan adalah mesra Muslim,” katanya.

Tambah Nazaruddin, syarikat itu turut bekerjasama dengan Mahan Air sejak syarikat penerbangan itu ditubuhkan pada 2007.

Sementara itu, Pe­ngurus Mahan Air, Amin Alidadi berkata, pihaknya mempunyai 17 buah Airbus dan 77 buah Boeing untuk menampung kapasiti penumpang yang ramai.

“Kami juga menaik taraf kelas ekonomi dan kelas perniagaan bagi pengunjung yang membeli pakej IBC Tours dan menggunakan penerbangan Mahan Air demi kepuasan dan keselesaan mereka,” katanya.

Orang ramai boleh melayari laman web www.ibctours.com untuk tempahan secara online atau menghubungi 1-300-22-6969 untuk pertanyaan lanjut mengenai pakej pelancongan.