Pencapaian luar biasa ini sekali gus memecah rekod sebagai filem tempatan yang mendapat kutipan tertinggi di Malaysia.

Rekod yang sama pernah dipegang oleh filem Abang Long Fadil 2 terbitan Astro Shaw & Skop Productions yang meraih kutipan sebanyak RM19.04 juta selepas 28 hari tayangan di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Penerbit Eksekutif, Datuk Khairul Anwar Salleh, Gayatri Su-lin dan TP Lim serta pe­ngarah, Mamat Khalid (gambar) meluahkan rasa syukur dan terima kasih kepada rakyat Malaysia, Brunei dan Singapura yang menyokong filem Hantu Kak Limah.

“Terima kasih kepada semua pihak terutamanya penonton yang menyokong dan meletakkan filem Hantu Kak Limah di kedudukan rating tertinggi menerusi kutipan pecah panggung. Saya bersyukur de­ngan rezeki yang Allah beri ini,” ujar Mamat Khalid.

Terdahulu, filem Hantu Kak Limah terbitan Astro Shaw dan Infinitus Gold itu telah mencatat sejarah tersendiri apabila meraih kutipan sebanyak RM1.8 juta pada hari pertama tayangannya pada 9 Ogos lalu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.