Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tindakan tersebut bagi mengelakkan persepsi negatif kepada bakal pembeli kerana ia boleh menyebabkan kapal itu mengalami susut nilai yang banyak.

“Kalau sampai 100 orang dibenarkan masuk ke dalam kapal ini kita bimbang ia akan mero­sakkan kapal. Jadi, bakal pembeli mungkin tidak mahu (beli kapal ini).

“Hiasan dalaman kapal ini sangat mewah, sangat cantik, perabot yang ada dalam kapal ini saya sendiri pun tidak pernah melihatnya. Begitu juga bilik tidurnya, kita boleh tidur sambil melihat keindahan langit,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melawat kapal mewah Equanimity di Terminal Boustead Cruise Center, Pelabuhan Klang di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.