Pada ketika ini, sebahagian daripada 2.1 juta penduduk di Kedah selain 1.7 juta di Pulau Pinang dan Perlis (250,000) bergantung kepada sumber bekalan air mentah dari Empangan Muda.

Seorang pengusaha bot di kawasan hutan itu, Osman Jab, 43, berkata, selain Empangan Muda terdapat dua lagi kawasan takungan dibina dalam Hutan Simpan Ulu Muda (HSUM) iaitu Empangan Pedu dan Empangan Ahning.

Dia mendakwa, kawasan pembalakan di Hutan Simpan Ulu Muda dijalankan pada jarak kurang 50 meter dari tepi Sungai Labua yang mengalir ke Empa­ngan Muda.

“Dahulu kawasan ini merupakan syurga buat pengunjung yang ingin meneroka keindahan alam semula jadi di HSUM di samping melakukan aktiviti memancing, kembara hutan dan berkhemah.

“Namun kegiatan pembalakan yang dijalankan di HSUM sejak 2008 telah memusnahkan hutan yang menjadi kawasan tadahan air dan menjejaskan pendapatan penduduk yang bergantung rezeki di sini,” katanya ketika ditemui Kos­mo! Ahad semalam.

Kosmo! telah dibawa oleh Pertubuhan Perlindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) ke Hutan Simpan Ulu Muda untuk meninjau kesan aktiviti pembalakan di kawasan tersebut terhadap alam sekitar. Peka mendakwa pembalakan yang dijalankan sejak tahun 2008 melibatkan kawasan seluas 100,000 hektar dan melibatkan lebih 100 spesies mamalia serta 50 spesies reptilia.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.