Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, langkah baharu itu dibincangkan beliau dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim semalam.

“Saya sudah minta Datuk Seri Shahidan untuk menghantar orang memantau dan mengatur kedudukan anggota-anggota MKN ke situ,” katanya dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen di sini, pagi tadi.

Menurut Wan Junaidi, beliau turut mengarahkan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar mengeluarkan arahan pemberhentian sebarang aktiviti pembalakan dan pembangunan di kawasan terbabit serta merta. - K! ONLINE