Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Mohamad Noor Abdul Rani berkata, perkara itu kini dalam perbincangan memandangkan pelaksanaan hukuman tersebut memerlukan penelitian mendalam.

Beliau berkata, ia adalah wajar dan sokongan harus diberi bagi menunjukkan keseriusan pihak berkuasa dalam melaksanakan undang-undang membendung amalan LGBT.

"Kita menyokong (sebat) sebab ia melambangkan keindahan Islam, tapi masih belum diputuskan lagi, kita sedang melihat perkara itu," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Kembara Merdeka Hijrah 2018 di perkarangan pejabat JAIP di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan pasangan lesbian masing-masing berumur 22 dan 32 tahun masing-masing disebat enam kali selepas didapati bersalah cuba melakukan hubungan seks di dalam kereta pada 8 April lepas. - Bernama