Perintah eksekutif atau ordinan undang-undang jenayah dipinda dengan memasukkan lebih banyak hukuman drastik terhadap perogol yang disabit bersalah merogol gadis di bawah umur 16 tahun, kata pegawai kerajaan.

Undang-undang tersebut akan berkuat kuasa apabila ditandatangani oleh presiden India.

India menyegerakan perbicaraan di mahkamah dan mengubal undang-undang berkaitan kesalahan rogol dengan lebih tegas selepas serangan ganas terhadap wanita muda yang menggegarkan negara itu pada tahun 2012, namun jenayah rogol tidak menunjukkan penurunan.

Terdapat kira-kira 40,000 kes rogol dilaporkan pada tahun 2016. Sebanyak 40 peratus daripadanya merupakan kanak-kanak. Akhbar-akhbar setiap hari melaporkan kes baharu keganasan seksual terhadap wanita.

Terbaharu, kemarahan di seluruh India tercetus apabila satu kes melibatkan seorang kanak-kanak perempuan Muslim berusia lapan tahun dirogol secara berkumpulan di kawasan yang didominasi penganut Hindu di Jammu-Kashmir. Pemimpin tempatan parti Bharatiya Janata tampil untuk menghulurkan sokongan kepada suspek yang dituduh membangkitkan kemarahan orang ramai. - Reuters