Antara kawasan yang terjejas ialah di Jalan Persiaran Surian dan Kota Damansara di Petaling Jaya, Jalan Sungai Buloh-Paya Jaras serta Kampung Bahagia dan Jalan B27 di Gombak.

Menurut jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, air naik mendadak menyebabkan beberapa kawasan rendah sekitar Kampung Bahagia dinaiki air setinggi 0.5 meter.

“Hujan lebat menyebabkan paras air Sungai Chembung naik sehingga 3 meter.

“Bagaimanapun, tiada kawasan kediaman yang terjejas,” ujar jurucakap berkenaan.

Hujan lebat juga menyebabkan Jalan Persiaran Surian berhampiran Palm Spring di Kota Damansara sesak teruk sepanjang tujuh kilometer. - K! ONLINE