Menurut kenyataan jabatan itu, keadaan itu dijangka berlaku di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (daerah  Kerian; Larut, Matang dan Selama serta Hulu Perak), Kelantan (daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang) serta Terengganu.

Keadaan sama juga dijangka melanda Sabah di Bahagian Pedalaman (daerah Kuala Penyu, Beaufort, Sipitang, Tenom, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Kudat, Sandakan (daerah Beluran, Kinabatangan dan Sandakan), Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak (bahagian Limbang dan Miri) mulai Sabtu hingga Ahad ini. - Bernama