Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata, amaran cuaca waspada itu membabitkan Segamat, Kluang, Mersing, Kota Tinggi, Johor Bahru dan Kulai di Johor.

Di Pahang pula, kawasan terlibat ialah Maran, Rompin, Pekan dan Kuantan manakala di Sarawak membabitkan Mukah, Sibu, Sarikei, Betong, Sri Aman, Samarahan, Serian dan Kuching. - Bernama