Menurut kenyataan di laman sesawang jabatan itu, hujan lebat juga dijangka berlaku di daerah Kuantan; Pekan; Rompin; Jerantut dan Maran di Pahang serta daerah Mersing dan Kota Tinggi di Johor.

Dalam pada itu, jabatan itu turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori kedua) di kawasan perairan Condore, Reef North dan Layang-Layang sehingga Isnin ini.

Katanya, angin  kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj selain ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka berlaku di kawasan berkenaan serta berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri. - Bernama