Menurut kenyataan pejabat Timbalan Perdana Menteri hari ini, kedua-dua kerajaan Malaysia dan China juga bersetuju supaya isu-isu  kecil tidak seharusnya menjejaskan hubungan kedua-dua negara yang telah terjalin sejak ratusan tahun. 

Menurut kenyataan itu, perkara ini merupakan antara yang ditekankan dalam kunjungan hormat Duta Besa China ke Malaysia, Bai Tian ke atas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail  di bangunan Parlimen di sini Khamis lepas.

Dr. Wan Azizah berkata, hubungan antara kedua-dua negara telah berkembang dan menjadi semakin kukuh.

"Kini kita mempunyai urusan yang lebih kukuh antara satu sama lain dalam pelbagai bidang termasuk wanita,  Kita mahu lebih banyak pemberdayaan dan kemajuan untuk wanita," katanya. - Bernama