Perdana Menteri berkata, dalam pertemuan dua hala beliau dengan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud, mereka telah membincangkan perkara yang dipersetujui ketika kunjungan baginda ke Malaysia tahun lepas.

“Antaranya kerjasama ekonomi, keselamatan, perkara berkaitan ibadah haji selain penubuhan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman di Putrajaya.

“Persaudaraan antara Malaysia dengan Arab Saudi yang telah terjalin lama bertambah akrab lagi dengan kunjungan Penjaga Dua Kota Suci, Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud ke Malaysia tahun lalu, negara pertama dikunjungi baginda di Asia,” kata Najib menerusi catatan di laman rasmi blog najibrazak.com kelmarin.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.