Beliau yang mengakhiri lawatan selama empat hari berakhir semalam berkata, Malaysia antara­nya berminat untuk menjalin kerja­sama dalam mempelajari teknologi terkini serta kepakaran yang dimiliki republik itu dalam beberapa bidang.

Terdahulu, Wan Azizah melakukan lawatan ke Pusat Pemulihan dan Penyelidikan Masalah Pendengaran dan Percakapan bagi Kanak-Kanak di China sebagai agenda terakhir dalam rangka lawatan rasmi beliau di China bermula Isnin lalu.

Beliau turut tertarik dengan kepakaran dimiliki China yang mampu mengesan sebarang masalah dan ketidakupayaan bayi seawal berusia tiga bulan.

“Wan Azizah memberitahu, China juga telah menzahirkan kesediaan untuk mengimport lebih banyak produk agro komoditi Malaysia termasuk kelapa sawit dan getah di samping memperkukuhkan lagi kerja­sama dalam bidang penyelidikan serta pemba­ngunan pertanian.