Pakar periodontis Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Nurulhuda Mohd. berkata, ketidaksedaran ini ditambah dengan keadaan periodontitis yang simptomnya tidak boleh dirasai secara ketara, selain keengganan pesakit menjalani pemeriksaan lanjut.

"Ia adalah penyakit 'bidirectional' di mana seseorang yang menghidap diabetes bukan sahaja boleh mengalami periodontitis tetapi periodontitis juga boleh memberi kesan negatif terhadap kawalan glukos darah.

"Ini boleh menyebabkan hiperglisemia (hyperglycaemic) yang membawa kepada komplikasi diabetes yang lain," katanya kepada Bernama pada persidangan '11th Diabetes Complications Conference and Grand Rounds' anjuran Institut Diabetes Negara (NADI) di sini hari ini.

Kekalkan kesihatan gigi untuk menghindari Periodontitis persidangan '11th Diabetes Complications Con

Dr. Nurulhuda berucap ketika persidangan '11th Diabetes Complications Conference and Grand Rounds' anjuran Institut Diabetes Negara (NADI) di sini hari ini.

Periodontitis boleh menyebabkan periodontium, penyakit yang lebih serius disebabkan oleh tindakan bakteria secara langsung dan tidak langsung, di mana ia boleh menyebabkan kemusnahan struktur yang memegang gigi - gusi, tulang dan tisu-tisu lain.

"Kebanyakan masyarakat tidak faham keadaan gigi yang tersusun dan teratur bukanlah satu petanda bahawa mereka mempunyai gusi yang sihat," katanya.

Menurutnya, Kajian Kesihatan Oral di Kalangan Orang Dewasa Peringkat Kebangsaan (NOHSA) 2010  mendapati sementara 94 peratus masyarakat Malaysia mengalami masalah periodontium, kajian lain menunjukkan 48 peratus daripada mereka mengalami penyakit periodontitis. - Bernama