Pengarah Produk GTM Huawei Malaysia, Luke Au berkata, peranti yang dilengkapi dengan teknologi terkini itu menjadi penanda aras kepada telefon pintar lain yang berada dalam pasaran.

“Siri nova Huawei sentiasa mengenai keindahan kecantikan dan direka untuk memenuhi keperluan generasi muda yang sentiasa mengambil bahagian dalam gaya hidup yang terkini.

“Dilengkapi dengan pengalaman fotografi yang lebih baik dan teknologi revolusioner Al, Huawei Nova 4 memenuhi segmen citarasa pengguna kami,” katanya dalam Majlis Pelancaran Huawei Nova 4 di Auditorium Nexus Bangsar South di sini hari ini.

Tambahnya lagi, Huawei Nova 4 yang dikuasakan cipset Kirin 970 dengan modul kecerdasan pintar (AI) yang laju dipadankan bersama unit pemprosesan pusat Octa-Core CPU (4 x Cortex-A73 berasaskan 2.36 GHz) + (4 x Cortex-A53 berasaskan 1.8GHz).

“Menariknya lagi, peranti tersebut juga didatangkan dengan empat kamera satu di depan dan tiga lagi di belakang masing-masing beresolusi 20 megapiksel (MP) bagi lensa utama, 16MP lensa ultra luas dan 2MP lensa ‘bokeh’.

“Manakala di bahagian hadapan peranti yang mempunyai saiz skrin 6.4 inci itu dilengkapi kamera selfie beresolusi 25MP di mana ia adalah terkecil pada telefon pintar dengan diameter hanya 3.05 milimeter (mm),” jelasnya.

Sementara itu, beliau berkata, Huawei Nova 4 juga mempunyai kapasiti storan 128 gigabait (GB) dengan pemproses RAM 8GB.

“Peranti Nova 4 didatangkan dengan bateri berkapasiti besar iaitu 3,750mAh dan menyokong fungsi pengecasan pantas SuperCharge.

“Huawei Nova 4 itu dijual pada harga RM1,899 dengan dua warna iaitu hitam dan ’Crush blue’ yang boleh didapati mulai 14 Februari depan di seluruh negara,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Huawei nova 4 boleh melayari web rasmi, www.shop.huawei.com/my. - K! ONLINE