Kekurangan itu berpunca daripada permintaan yang tinggi, kata Penolong  Pegawai Penerangan Bank Darah hospital berkenaan, Lily Sinta, dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau merayu kepada orang ramai supaya memberi sambutan kepada kempen derma darah yang akan diadakan di Orange Zone, Star Mega Mall dari pukul 3 petang hingga 9 malam Jumaat ini.

Katanya, bank darah itu juga perlu memastikan mempunyai bekalan darah mencukupi untuk hospital lain di wilayah tengah negeri ini iaitu Hospital Sarikei, Hospital Kanowit, Hospital Mukah,  Hospital Daro dan Hospital Kapit.

Maklumt lanjut boleh didapati dengan menghubungi bank darah berkenaan melalui talian 084-238802/343333 samb. 2010. - Bernama