Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Isnaraissah Munirah Majilis berkata, langkah itu selari dengan kehendak Revolusi Industri 4.0 yang sedang dilaksana di seluruh negara.

"Menerusi sistem ini, maklumat pengurusan pesakit dapat dicapai dengan mudah dan pantas pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

"Dalam jangka masa panjang, kita harapkan sistem ini dapat digunakan sepenuhnya sebagai langkah penjimatan kos pengurusan di hospital-hospital kerajaan," katanya ketika melancarkan projek itu hari ini.

Projek dibangunkan syarikat tempatan Helium Health Technologies itu adalah antara projek menerusi Program Berimpak Tinggi 6 (HIP 6) yang diseliakan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) melalui anak syarikatnya YIM Technology Resources Sdn. Bhd.

Beliau berkata, kementerian itu akan meneruskan dan menambah baik program-program yang memberi manfaat kepada rakyat.

Katanya, program HIP 6 yang digerakkan oleh YIM dengan sokongan penuh SME Corp Malaysia akan diperkasakan untuk terus memberi manfaat kepada rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana. - Bernama