Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, kadar penggunaan katil harian hospital itu tinggi sehingga mencapai 150 peratus sehari merupakan antara punca utama kesesakan itu.

Menurutnya, perkara yang telah berlanjutan sejak beberapa tahun lalu itu disebabkan oleh kemasukan pesakit yang tinggi sehingga bukan sahaja memberi kesan pada wad-wad hospital tersebut malah di Klinik Pakar dan Jabatan Kecemasan.

Menurutnya, kadar kemasukan tinggi itu telah memaksa pihak hospital menerima kemasukan pesakit walaupun melebihi kapasiti hospital berkenaan.

“Saya telah mengarahkan hospital itu untuk mengoptimakan penggunaan ruang sedia ada di samping memohon penambahan jumlah katil.

“Buat masa ini Hospital Kajang mempunyai 326 katil, jadi saya telah minta supaya pihak hospital buat permohonan sekurang-kurangnya tambah 15 katil lagi,” katanya kepada pemberita setelah melawat hospital itu di sini semalam.

 

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.