Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim dalam satu kenyataan hari ini meminta orang ramai memberikan kerjasama dengan tidak menularkan sebarang spekulasi atau khabar angin yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.

"Pihak polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada," katanya.

Mazlan, yang mewakili Polis Kuala Lumpur, mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama orang ramai dan penyokong parti politik yang mematuhi undang-undang serta arahan pihak polis sepanjang berlangsungnya PRU-14 yang telah pun selesai dalam keadaan yang baik serta terkawal.

Pada fasa pasca PRU-14 ini, seramai 2,533 pegawai dan anggota polis telah ditempatkan di semua daerah Kuala Lumpur bagi memastikan keadaan keselamatan dan ketenteraman awam pada tahap tertinggi serta tiada sebarang anasir-anasir buruk berlaku, katanya. - Bernama