Dalam kenyataan hari ini, Honda berkata, City, Civic dan Jazz merupakan model paling laris dijual pada bulan berkenaan dengan penguasaan jualan masing-masing sebanyak 36 peratus, 19 peratus dan 16 peratus.

"City menjadi kegemaran Malaysia kerana berbaloi dengan nilainya selain cirinya yang ideal untuk kegunaan persendirian atau keluarga," kata Honda dalam kenyataan itu.

Honda Malaysia juga berkata, ia akan memperkenal satu lagi model popular di pasaran Malaysia - HR-V, baharu tidak lama lagi. - Bernama