Beliau berkata, tindakan bekas menteri itu disifatkan sebagai salah tafsir mengenai isu tersebut.

"Semua tiga dakwaan beliau yang ditulis menerusi surat terbuka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam adalah tidak benar.

"Saya sendiri tidak tahu apa tujuan beliau bertindak sedemikian," katanya ketika sidang akhbar selepas merasmikan Program Jelajah Perkasa Perwira Kuching 1 Divisyen di Kem Muara Tuang di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Hishamuddin memberitahu,tindakan Rafidah juga disifatkan tidak bertanggungjawab.

Sebelum ini, Rafidah mendakwa Perdana Menteri selaku menteri pertahanan pada 2008 mengesyorkan penswastaan lebih 40,000 hektar tanah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di seluruh negara kepada sebuah syarikat milik tiga individu. - K! ONLINE