Mereka membuat aduan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada pukul 1.30 petang hari ini.

Antara NGO yang membuat laporan adalah Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM), Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Gerak Kerja Gabungan Ayahanda Selangor, Majlis Bendahara dan Akhlak Rahsia Cekal, Selempang Merah, Kesatuan Melayu Nasional dan Pertubuhan Kipidap.

Presiden MJMM, Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, perbuatan itu tidak sepatutnya dilakukan terhadap Yang di-Pertuan Agong ke-15 oleh pengguna laman sosial.

"Saya meminta pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat perkara ini seterusnya mengambil tindakan sewajarnya kepada individu yang menghina Sultan Muhammad V. - Bernama