Timbalan Presidennya, Datuk Aizuddin Ghazali berkata, walaupun Caprice telah meminta maaf selepas laporan polis dibuat terhadapnya, pihaknya melihat dia tidak ikhlas kerana telah menuduh pihak lain pula yang membuat salah dengan memaparkan video yang dimuat naik di laman Instagramnya.

“Jika beliau berada pada pihak benar, kami mendesak dan mendedahkan video sebenar dan menjawab apa sebenarnya tujuan beliau berbuat demikian. Bagaimanapun, penghinaan dan menghasut kebencian pada orang Kelantan amatlah kami kesali dan tidak boleh diterima.

“Kami khuatir dan gusar dengan perbuatan sebegini boleh menggugat ketenteraman masyarat dalam negara kita,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Kumpulan Anak Kelantan Prihatin membuat laporan polis selepas video Caprice memperkecilkan orang Kelantan tersebar di laman sosial.

Kenyataan ego selaku artis tempatan itu didakwa sebagai tidak berasas dan jelas telah menyinggung rakyat Kelantan. - K! ONLINE