Dalam kejadian pada pukul 8 pagi itu, Nur Halisa Sufiy­ya Resmanshah, 7, dan Nur Syaakur Safiyyah Resmanshah, 5, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.

Bapa, ibu dan seorang adik lelaki mangsa yang turut ber­ada dalam kenderaan sama hanya mengalami cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Ak Umbuas dalam satu kenyataan berkata, siasatan awal mendapati kenderaan yang datang dari arah Tawau ke Labuan itu hilang kawalan selepas pemandunya seorang wanita berusia 33 tahun terlelap seketika.

“Siasatan awal mendapati, ibu mangsa yang memandu kereta terbabit dipercayai terlelap mengakibatkan kenderaan itu hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan dan terjatuh ke dalam gaung sebelah kiri kira-kira 11 meter dari bahu jalan.

“Kedua-dua mangsa yang duduk di bahagian penumpang belakang tercampak keluar dari kenderaan dan maut di tempat kejadian,” katanya di sini semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Bernama

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.