Pakar Psikologi Universiti Malaya, Prof. Madya Datin Dr. Mariani Mohd. Nor berkata, dalam konteks tersebut, lambakan aplikasi gajet yang berfungsi sebagai medium interaksi kini menjadi teman setia bagi menghilangkan perasaan sunyi golongan yang tidak berkahwin.

Menurut beliau, aplikasi se­perti Facebook, WhatsApp, Insta­gram, WeChat dan Twitter yang boleh dilayari menerusi te­lefon pintar kini boleh dianggap sebagai ‘kekasih siber’ kepada individu bujang tanpa mengira jantina.

“Jika diimbas zaman dahulu, individu muda yang tidak berkahwin mungkin dianggap sunyi dan sentiasa hidup berseorangan namun berbeza ketika ini apabila masalah sunyi sudah tidak timbul dengan kehadiran pelbagai aplikasi dalam gajet yang dimiliki.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.