Beliau berkata, sembilan lagi sekolah yang sebelum ini ditutup disebabkan penyakit yang sama, boleh dibuka semula untuk sesi persekolahan Isnin depan.

Bagaimanapun, semua pihak sekolah di Sabah perlu terus melakukan pemantauan khususnya membabitkan murid pra sekolah, katanya ketika ditemui  pemberita selepas majlis anugerah  Perkhidmatan Cemerlang Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kinabatangan dan PPD Tongod di sini hari ini.

Maimunah turut meminta ibu bapa supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan segera membawa anak mereka ke Klinik Kesihatan atau hospital berhampiran jika mereka  mempunyai gejala HFMD.

Sehingga Rabu lepas, 10 buah sekolah di negeri ini ditutup berikutan kes HFMD yang membabitkan penutupan sekolah dan penutupan bilik darjah terlibat.

Kes HFMD di sekolah di negeri ini mula dikesan pada 11 Julai lepas yang bermula di Sekolah Kebangsaan Kiau Kota Belud. Sebanyak 32 kes murid terlibat mengalami HFMD diterima di 10 sekolah. - Bernama