Pegawai Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dihubungi Bernama hari ini mengesahkan terdapat empat kes HFMD dilaporkan membabitkan murid lelaki tahun tiga sekolah itu.

"Menurut notis yang dikeluarkan Jabatan Kesihatan Daerah Kepong, hanya bilik darjah terbabit diarah tutup mulai semalam. Notis penutupan itu, bagi membolehkan kerja-kerja pembersihandan pembasmian kuman dibuat selain memastikan pelajar lain tidak dijangkiti wabak sama," katanya.

Sementaraitu, tinjauan Bernamadi sekolah terbabit mendapati aktiviti persekolahan berlangsung seperti biasa dengan pengurusan sekolah juga mengesahkan kesemua murid daripada bilik darjah terbabit sudah bercuti, mulai hari ini.

Semalam, sebuah akhbar tempatan melaporkan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata terdapat peningkatan kes HFMD apabila 35,886 kes kumulatif wabak itu direkodkan di seluruh negara dari 1 Jan hingga 23 Julai tahun ini.

Pada minggu ke-29 iaitu 15 hingga 21 Julai lepas, sebanyak 3,852 kes HFMD dilaporkan berbanding 2,346 pada minggu ke-28 iaitu 8 hingga 14 Julai, menunjukkan peningkatan sebanyak 1,506 kes atau bersamaan 64.2 peratus.

Katanya pada 23 Julai iaitu hari kedua minggu ke-30, sebanyak 564 kes HFMD dilaporkan di seluruh negara. - Bernama