Pengarahnya, Dr. Mohammad Omar berkata, maklumat yang tular di media sosial itu adalah tidak benar sama sekali dan pihaknya kesal dengan perbuatan pihak tidak bertanggungjawab berkenaan

"Orang ramai dinasihatkan supaya menyemak kesahihan sesuatu maklumat berkaitan HFMD dengan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu terlebih dahulu sebelum mempercayai atau menyebarkannya.

"Orang ramai juga diminta merujuk kepada data berkaitan HFMD yang disiarkan secara berkala dalam Facebook rasmi Kementerian Kesihatan atau hubungi Unit Kawalan Penyakit Berjangkit di Pejabat Kesihatan Daerah masing-masing," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Mohammad menasihatkan ibu bapa agar melakukan langkah pencegahan sesuai terhadap anak mereka bagi mengelak dijangkiti HFMD. - Bernama