Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebelum ini golongan yang menerima rasuah terma­suklah dalam kalangan pegawai kerajaan sering dikaitkan gejala tersebut termasuk disiasat, didakwa di mahkamah dan seterusnya dijatuhkan hukuman.

Malah, katanya, golongan yang didakwa penerima rasuah turut terhukum lebih awal melalui persepsi yang terbentuk daripada ‘mahkamah awam’.

“Tidak ada yang menerima jika tidak ada yang memberi (rasuah), ini pasti. Namun tidak ramai pemberi (rasuah) yang dihukum, seharusnya ada ke­seimbangan antara pemberi dan penerima,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sidang Kemuncak Pemerkasaan Milenia (MES) anjuran Biro Pelajar Luar Negara UMNO dan Kelab UMNO Luar Negara di sini semalam.

Hadir sama Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican yang juga Pengerusi Biro Pelajar Luar Negara UMNO dan Pengerusi Majlis Presiden Kelab UMNO Luar Negara, Afiq Adham Muhammad Fadhil.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.