Menyifatkan  gejala itu sebagai 'ponteng terhormat', baginda bertitah, alasan seperti menziarahi kematian atau melawat orang sakit sering digunakan oleh individu tertentu untuk keluar daripada pejabat.

"Bahkan wujud juga amalan 'suka meneman' rakan sekerja yang mempunyai tugas khas di luar menjadi sebab untuk mereka tidak berada di tempat bertugas masing-masing pada waktu pejabat. 

"Lainlah jika ada sesuatu musibah atau kematian itu melibatkan ahli keluarga atau mereka yang terdekat, alasan itu bolehlah dipertimbangkan," titah baginda dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Baginda bertitah, amanah yang diberikan kepada setiap petugas seharusnya dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab, berdedikasi, tanpa berlengah dan betul.

Tuanku Syed Faizuddin merangkap Yang Dipertua  Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis turut mengingatkan rakyat agar perkara sunat dan digalakkan dalam agama hendaklah diimbangi dengan keutamaan dan kepentingan awam. - Bernama