Baginda melahirkan rasa dukacita apabila hasutan supaya membenci Raja-raja Melayu itu dilakukan oleh segelintir orang Melayu sendiri.
“Peranan institusi raja adalah bagi memelihara dan mempertahankan kedudukan orang Melayu dan agama Islam serta kaum-kaum lain di negara ini.
“Penularan budaya ini dalam kalangan pihak tertentu harus dihentikan agar rakyat tidak terus dihasut supaya membenci Raja-raja Melayu sehingga mengakibatkan taat setia rakyat terhakis,” titah baginda pada majlis berbuka puasa bersama rakyat sempan perasmian Masjid Al-Falah, Jalan Kebun, Seksyen 30 di sini semalam.
Tegas Sultan Sharafuddin, institusi raja berperanan dalam sistem raja berperlembagaan yang diamalkan di negara ini malah sentiasa mendukung prinsip-prinsip yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Baginda menyeru semua orang Melayu khususnya di Selangor mengelak perbalahan sesama sendiri yang boleh membawa kepada perpecahan sehingga memberi imej buruk kepada agama Islam.