Katanya, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing bagi meningkatkan kadar peratusan pengundi pada hari mengundi dan menggunakan tempoh berkempen sebaiknya.

"Saya tak nak beri weightage peranan siapa lebih berat tetapi masing-masing ada tanggungjawab, hebahan walaupun sudah dibuat ia perlu diulang acap kali.

"Kita perlu ambil iktibar apa yang terjadi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis baru-baru ini di mana peratusan keluar mengundi tak sampai 50 peratus," katanya kepada Bernama selepas meninjau Pusat Media PRK DUN Balakong yang disediakan Jabatan Penerangan di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan calon Pakatan Harapan Wong Siew Ki pada PRK berkenaan semalam bahawa masih ramai dalam kalangan penduduk Balakong yang tidak sedar mengenai tarikh pilihan raya kecil berkenaan Sabtu ini. - Bernama