HBO dalam satu kenyataan berkata, Game of Thrones merupakan satu karya yang kuat untuk dikembangkan daripada lima siri drama tersebut.

Siri prekuel itu akan mendapat sentuhan penulis novel A Song of Ice and Fire, George RR Martin di samping penulis skrip, Jane Goldman.

Selain Goldman, terdapat beberapa penulis skrip lain yang akan turut serta dalam pembikinan prekuel itu termasuk Max Borenstein, Brian Helgeland, Carly Waray dan Bryan Cogman.  

Bagaimanapun, prekuel itu hanya akan dikeluarkan selepas musim terakhir Game of Thrones ditayangkan pada tahun depan.

Menurut Presiden Program, Casey Bloys, siri tersebut akan mengalami sedikit perubahan apabila ia tidak lagi memberi fokus terhadap jalan cerita asalnya.

"Tiada lagi kebangkitan semula, kesinambungan atau spin-off (pemilihan satu watak yang kuat untuk dikembangkan)," katanya.

Game Of Thrones merupakan siri terbitan HBO paling popular dan pernah meraih beberapa anugerah pada Anugerah Emmy selain mencatat puluhan juta tontonan dari seluruh dunia. - K! ONLINE