Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bertitah, umat Islam terutamanya gene­rasi muda di negeri ini digesa menghayati maksud yang tersirat dalam setiap ayat al-Quran dan mengamalkannya dalam kehidupan.

“Al-Quran penuh dengan keindahan dan kehebatan jadi diharapkan masyarakat Islam di Kedah dapat menghayati intipati yang tersirat dalam al-Quran supaya ia menjadi penawar hati dan tidak mudah goyah,” titah ba­ginda.

Sultan Sallehuddin bertitah demikian ketika menyempurnakan majlis penutup Tilawah dan Menghafaz Al-Quran peringkat negeri di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.