Menurut Pengarah Eksekutif Kumpulan Go Auto, Datuk SM Azli SM Nasimuddin Kamal, model tersebut dijangka dilancarkan secara rasmi menjelang penghujung tahun ini.

"Model terbaharu ini merupakan sebahagian daripada usaha kami untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia bagi memiliki kenderaan SUV pada harga yang kompetitif dalam segmen tersebut.

''Kami sangat teruja dengan pameran ini dan berharap model terbaharu ini akan mendapat sambutan ramai terutama peminat SUV di Malaysia,” katanya.

Mengulas lanjut, SM Azli memberitahu, model H9 dilengkapi enjin bersesaran 2.0L dengan pengecas turbo 4 silinder 16 injap dwi-VVT yang menghasilkan 16 kuasa kuda dan 324Nm tork bermula.

Katanya, SUV itu dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti Sistem Program Kestabilan Elektronik (ESP) oleh Bosch, Sistem Kawalan Mendaki dan Menuruni Bukit, Sistem Brek Antikelincir (ABS) dan Edaran Daya Brek Elektronik (EBD)

“Ia turut dilengkapi dengan Sistem Pemantauan Tekanan Tayar, Sistem Lampu Depan Penyesuaian Pintar (AFS) serta enam beg udara yang memastikan perlindungan yang optimum kepada pemandu dan penumpang.

“Haval H9 didatangkan dengan dua varian iaitu Luxury dan Ultra dengan lima pilihan warna iaitu Aalaskan White, Ebony, Silver Sleek, Kakadu dan Bronze. Ia akan dijual pada harga di bawah RM200,000,” ujarnya.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web www.haval.my atau hubungi bahagian perkhidmatan pelanggan di talian 03-5569 7332. - K! ONLINE